Salam readers::

Sambil aku online, sambil aku layan adik2 sepupu aku tonton Animal Planet, discovery channel pasal animals. Mulut montel diorang asyik bertanya, “kakak, tu apa?” “kakak, kenapa lion makan dia?”, “kakak, kenapa tu?”, “kakak, kenapa ni?” “kakak, bla bla bla bla~”.

Biasalah, budak2 yang nak membesar, diorang punya curiousity agak tinggi. Bagus macam tuh, aku suka. Tapi, at certain time, agak penat jugak lah nak melayan soalan2 diorang bak maksirazzi and bapaksirazzi ni. Tapi fun weh layan mulut montel diorang bercakap, siyes!

You know what, bila situasi ni berlaku, aku teringat masa aku kecik2 dulu, soalan yang aku pernah tanya kat mak aku. Aku tak ingat exactly umur aku masa tuh. Tapi, for sure, aku kecik lagi, agak2 macam 6 or 7 year-old kot.

Masa tu aku tengah syok tengok movie/drama omputih dengan family. Kalau dah omputih punya cerita, of course lah ada subtitle nya. At certain time, aku terbaca kat subtitle tu 1 perkataan. Perkataan apa? mai jenguk bawah meh.. heh heh heh~ (saja suruh kaurang main scroll2 bawah..  ;p)












































MATI PUCUK
MySpace
keh keh keh~

“apa MATI PUCUK tu mak?”
Yeah! tu soalan cepuk2 aku tanya mak aku. ngiahaha! and u guys nak tau apa reaksi mak aku?
She just laughed at me! aku pon buatlah muka comel aku masa tu a.k.a muka blur, heh~
apo kono nye mak aku ni? ketawa meroyan tiba2?  aku tanya elok2, dia pi ketawakan aku pulak. Then, sambil dia gelak2 tu, dia jawab, “pi tanya pakcik”. Haishhhh..lagilah bertambah curious aku. Apa misteri sangat ke perkataan ni?

And one day, esoknya kot, bila pakcik, mak, makcik aku berkumpul, aku tanya lagi, “Pakcik, mati pucuk tu apa?” Pakcik aku punya reaksi memang cool, dia sengih je. heh~
Dia punya jawapan pon memang cool jugak, dia jawab, “mati pucuk tu, pucuk kat pokok yang dah mati..”
hahahaha~ sangat cool kan jawapan pakcik aku ni?
Aku pon “OOOOoooooo…” MySpace

ni lah pucuk yang dah mati kena masak lemak.
*gambar dari google*

Sekarang, dah besar panjang dah boleh kahwin, baru aku tau apa kebenda nya tuh. Entah kenapa diorang tak beritahu aku maksud sebenar perkataan tu masa aku tanya dulu. Kenapa ea? Kaurang rasa kenapa ye? heh heh heh~ (buat2 tanya)

**********

Ni lagi 1 kes, member UTM aniaya aku, sob sob, sadis sekali. heh.

member: “weh, kau tau mertun tu apa?”

aku: “tu bahasa inggeris apa tu?”

Member aku bantai gelak ke aku. hampeh ah kau fati~ mentang2 kau orang kedah~ ;p
Esoknya, dia canang ke member2 lain yang tengah mengumpat berkumpul, pasal soal jawab semalamnya,
and as I expected, diorang bantai gelakkan aku. =.=’
heh heh heh~

ni lah mertun nya
*gambar from google*

24 thoughts on “Mati Pucuk kena hentak dek Mertun

  1. hhohoho kecik2 dah nakal eh! :p tp sbb kecik2 inkuiri tinggi kan.. dulu saya ingat mati pucuk tu, pokok mati, sbb mak saya slalu ckp nk tanam ubi nnt ada pucuk ubi nk makan LOL

  2. @hans, hehehehehe~ tu lah pasal~ adehh~

    @is44c,hahaha~tQ sbb gelak2, tp gelak tu sbb mertun ke mati pucuk? heh heh~ ;p

    @nazihahisa,hehe~ nakal ke? soalan tu sbb btl2 x tahu tau..heh heh heh~ ;D

  3. bygkan adik² sepupu tu ty soklan cemtu..mmg fenin nk pk jwpn..hehe..=)
    tp sy mmg akn contohi pacek kamu tu lah..terbaekk dari ladang! =P

  4. @azmi, yea~ mmg sesuai sangat~ 😉

    @yana MIB, haha~ tau takpe, nasib baik dorang tak tanya soalan cam tu, pakcik sy mmg cool~heh heh heh~ ;D

    @fati,cit! memang hingat sampai ke tua ko buat aku malu sendiri, sob sob sob~ hehehe~ ;p

  5. @tia, hahaha~yeee~ kecik2 lg yg ade curiousity yg kuat~! XD

    @zulfahmi, hahaha! aku tau la~ tu pasal aku letak 'buat2 tanya' yg font kecik tu..nampak tak?nampak tak? hak hak hak~! ;p

  6. baru saya tau mertun 2 apa..hehehehe…anak buah saya lak abru umur 4 taun tapi da tanya..

    "acu..macam mana baby boleh masuk perut mama??"

    errkk!!…tanya mama!

    bahaya betul soalan bdk2 kecik ni..hehehe…

  7. @ayu, a'ah, loghat kedah, new knowledge kan?hehehe~

    @mengenaldiri, hehehe~ i take it as a compliment lah ye.. *wink*

    @amirfazwan,intinya pulak? hehe~
    ;D

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Rumah BANGLO 3 TINGKAT di Jalan Hanysapek.blogspot.com sudah dicat baru!

Sat Nov 27 , 2010
:salam readers: Pergh! Tajuk entri kemain kau!RUMAH BANGLO 3 TINGKAT. *ok. admit, aku berangan. =.=’ * Dari sehari ke setahun aku nak tukar cat baru […]