::salam readers::

Kaurang melantak makan apa hari ni?
Pastikan kaurang makan makanan yang tinggi kurang kolestrolnya ye.
Kalau tak, alamatnya berat badan kaurang akan melambung naik setinggi angkasa lepas *over lah kau*

Berat aku dah naik!
Siyes ni beb! Gagap aku kejap bila tengok berat aku naik sampai 200++!!

ouh! why muka i macam ni? why? why?
*from google*

Jadi, aku ambil insiatif terpantas *poyo* dengan membuang lemak2 tepu yang menggeleber kat badan aku ni.
Dan alhamdulillah.
Berat aku dah kurang!
Sangat kurang!
Jauh beza dari berat awal!
(tiga rangkap pantun diatas sila baca dengan semangat waja, persona dan inspira, ye!)

Berat aku dah turun kepada…
jeng jong jeng…
tarararappappa..
ok, takde motif itu semua.
sambung

Berat aku dah turun kepada…

klik gambo atas untuk ia membesar dengan sihat dan kuat! 

Yes! Dah berjaya mengurangkan berat badan kepada 122.3 KG KB dengan bantuan tilam vono. *apa kaitan?! =.=’ *
Berat ni kira ok la, sebab paling ok is below 100kb, kalau dah 200 ke atas tu, ha, paham2 sendiri sudah.
Aku dah menghalau segala nyamuk2 widget2 yang tak berapa nak membantu aku. Aku ulang, ‘Tak Berapa Nak Membantu’ ok, bukan ‘Tak Membantu Langsung’, iaitu widget Feedjit and recent comments.

Then, aku letakkan segala link kat menu bar kat atas tu.
Segala keturunan manusia blog yang aku suka ikut bontotnya, aku letak kat page lain.
Godek punya godek, akhirnya page aku dah jadi macam apa yang kaurang tatap ni.
Simple kan?
Takpe, Simple is Dimple! *tak habis2 dimple!* =.=’

Oh! Sebelum aku nyanyuk, kaurang boleh timbang berat badan blog kaurang kat sini.
And lagi 1, kenapa aku nak kurangkan berat blog ni?
Sebab..kalau berat sangat, loading page kaurang akan lambat.
As macam seorang yang badannya besar, and kau suruh dia berlari. Lambat ke cepat? (maaf, takde kaitan dengan yang hidup mahupun yang dah tiada)

Aku rasa header aku tu yang buat blog lagi berat. Oh! takde ‘rasa2’ lagi, memang dah sah! Tapi nanti2 lah aku try godek header pulak, bagi kocik sikit beratnya *ayat orang dah malas nak godek*

p/s: print screen untuk berat awal, tak terfikir nak copy, sebab tak terfikir nak buat entri ni. hehe ;D
lagi 1, dah berkurun buat entri ni, tapi lupa nak publish  (boleh pulak macam ni? =.=’)

16 thoughts on “Berat hanysapek dah naik kepada 200++?!

  1. yosh..omu datang mengadap…hurm..xterpikir plak nak check…nanti checklah…salam perkenalan…dan thanks jenguk2…jumpa kawan baru..hehe…ki$$.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Mari Menari Untuk Senang Peroleh Anak.

Wed Dec 8 , 2010
::salam readers:: Ni kisah semalam sebenarnya.Aku baca paper Metro, TERberhenti sekejap kat page pasal Mari Menari (astro) atau dalam bahasa jawanya, Let’s Dance!Baca sat lah […]

You May Like