::salam readers::

As Shahjiehan ada post tentang 15 rahsia tinggikan traffic blog, yang aku dapat tahu melalui blog Imanshah,
so..aku nak drop kan lah juga resepi kat sini, memandangkan dish ni baruuu je masuk ke dalam perut aku semalam. Pergh! Memang tak terucap dengan kata-kata! Boleh diucap dengan sendawa sahaja! (tak syenonohh!!)MySpace

So.. jom main masak-masak!

Gulai Ikan Masak Lomak Cili Api (ok, air liur dah mula meleleh)

Bahan-bahan:

  • Kelapa parut
  • Kunyit hidup
  • Cili Api, pastikan betul-betul berapi. Pergh!
  • Bawang Merah
  • Lengkuas
  • Daun kunyit
  • Asam keping
  • Tomato

Cara-cara:

1- Sediakan periuk belanga anda.

2- Letak periuk atas dapur tanpa buka api ( betul ke penggunaan ayat? haha! gasak kau lah)

3- Tuang santan (gambar 1) ke dalam periuk.

Gambar 1: Kelapa parut dikisar dengan kunyit hidup. Hasilnya: santan warna kuning

4- Tuang cili api dan bawang merah yang dikisar bersama (gambar 2)

Gambar 2: Yang warna hijau tengah2 tu cili api+bawang merah, tak berapa clear gambar.

5- Campak hirisan lengkuas, asam keping dan daun kunyit yang dah dicarik-carik. (gambar 3, 4 dan 5)

Gambar 3: daun kunyit yang dah dicarik-carik

Gambar 4: hirisan lengkuas (abaikan tangan yang pucat tu.haha!)

Gambar 5: Asam keping

6- Campak ikan (gambar 6)

Gambar 6: Aku guna ikan kembung campur dengan ikan jaket (cencaru)

7- Buka api (lagi sekali, betul ke penggunaan ayat?haha)

8- Kacau (stir) je gulai ni. JANGAN ditinggal, kalau tak nanti pecah minyak, bila dah pecah minyak, nanti jadi kurang sodap. Kaurang boleh buka api besar kalau nak cepat masak (dah gelojoh sangat kan?), tapi make sure stir betul-betul, takut senang pecah minyak. Kalau aku, bukak api sedang je, tak beso tak kecik. So, stir lah kaurang yee.. (gambar 7)

9- Campak garam sesedap rasa.

10- Stir lagi, then rasalah garamnya, sodap ke tidak. Then letak tomato. Kalau dah rasa masamnya, tak perlu letak tomato. Tapi aku suka tomata yg dimasak, jadi stail aku, aku letak.

11- Garam cukop? semua cukup? makaaanyaaa.. siap udah! (gambar 8) jom makan! oh! tak tahan dowww aku buat entri ni!

Ok, dah siap!
Err..paham tak instruction yg aku bagi?

Sila lah Makan! MySpace

hanys: Mak aku ajak keluar, aku refused sebab kalau keluar dengan mak, CONFIRM balik malam, kaki jalan mak aku ni, btw, aku refused sebab CONFIRM nak tengok AJL lah weh!! excited nak tunggu performance abang pejal tahir. haha!

24 thoughts on “Jom Main Masak-masak! Resepi Gulai Ikan Masak Lemak Cili Api.

  1. apesal pucat je gulai ni ?
    tak cukup kunyit idup ek ?

    tapi boleh la..resipi ko ye tak ?

    ape pun syabas inspektor shahab..syabass..

  2. @pipoq,

    kalau lebih ngat kunyit idop nant maung, tp aku tgk depan mata ari tu, ok je warne nye? camera tak mantop kot? agagaga~ alasaaaan~
    ;p

    aku belajo dari mak le, so her recipe la ni..
    ;D

    vanakam-vanakam!ammmmaaak!
    *tapk tangan rapat + teleng2 kepala*
    haha!
    ;p

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Update Hadiah Contest!

Tue Jan 11 , 2011
::salam readers:: Seperti yang aku janjikan sebelum ni, yang aku akan update hadiah untuk contest.So, here they are, hadiah-hadiah untuk winners: 2 hadiah saguhati: Top-up […]