Recent Posts

Ads

Recent Comments

Categories

Archives

Meta

::salam readers::

Baru lepas tengok ‘Delima Wanita’ di OASIS. Cerita ni dah lama tapi baru tengok. Kisah tentang hubungan yang tegang antara menantu perempuan dengan mak mertua, senang kata depa takde ‘kimia’ lah.haha




Cerita ni buat aku terfikir, cemanakegayanya keadaan aku esok2? esok2 bukan maknanya aku kawen esoklah! meaning in future. 




Adakah mertua aku nanti dapat menerima aku seadanya?
Adakah mertua aku nanti seorang yang bossy? fussy? choosy?
atau
Adakah mertua aku nanti seorang yang cooool, means, tak cerewet kalau masak tak sedap, tak marah aku kalau nak minta tolong suami buat kerja rumah, tak mengata aku depan jiran kalau aku ada buat sikit kesilapan, dan sebagainya. Aku harap yang ini.hehe

Berbalik pada cerita tadi, mak mertua tak berapa berkenan dengan menantunya. Apa yang si menantu buat, ada saja yang tak kena. Depan anak baik, belakang anak, terang-terang membenci si menantu. Tapi dalam masa yang sama sempat mengata si menantu depan anak. Sampaikan hubungan suami isteri bertambah renggang. Sempat pula mertua menjemput menantu-pilihan-yang-dahulu datang rumah untuk si menantu cemburu.

Teruk?

Tak mustahil in reality ada.

Bertambah ‘huru-hara’ lagi kalau menantu dan mertua yang mempunyai hubungan sebegini duduk di bawah satu bumbung. Naya.
Si suami mungkin pening kepala, mana nak jaga hati emak, mana nak jaga hati isteri.
Jadi, disini, ketegasan suami amaaatlah diperlukan. Kalau suami sendiri tak tegas dalam membuat keputusan, alamatnya ‘HAPE PON TAK BOLEH’ baca gaya kumpulan Jambu.

Mertua pula janganlah jadi macam dalam cerita tadi. Kesian kat menantu dan anak. Kalau menanTU macam hanTU takpe lah jugak. heh heh
Senang kata, kalau dah jodoh anak dan menantu, terimalah jodoh depa seadanya, janganlah sebab tak suka menantu, terus menerus membenci.
Kesiaaaannn….
Eh! Menantu jugak kenalah pandai ambil dan curi hati mertua tau!

Jadi, pada readers yang dah berkahwin, macam mana pula dengan mertua anda? Tak OK? OK? Terbaik?

Ok lah, sampai sini saja pandangan spontan dari aku.
Till then, bai!

p/s: Ada jugak depan mata aku mertua baikGILA, menantu pula macam hantu! Tak bersyukur!

Sincerely me:

14 thoughts on “Menantu Vs Mertua

  1. Nak bagi pendapat dalam hati tapi sayangnya aku belum ada mertua.. ;D

    Tapi bagi aku kalau dua² pihak terima seadanya itu adalah yang terbaik.

    *Manusia tu memang sengaja keluarkan air wiper tu sebab nak 'halau' aku dari belakang kereta dia. bagus kan perangai orang kita.. heheh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

#5 Wordless Wednesday

Tue Sep 13 , 2011
::salam readers:: -:: Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, […]