Satu ketika, halaman novel itu kupandang, TERpandang, sejujurnya. Aku jeling, aku capai lalu kuselak dan aku baca tiap baris kata. Isinya terasa mahu kukongsikan bersama.

Kenapa,
seorang Yahudi, dibenarkan menyimpan janggut untuk mengamalkan kepercayaannya,
tetapi,
apabila seorang Islam berbuat demikian atas tujuan yang sama, dia dilabel sebagai pengganas!

Kenapa,
seorang biarawati dibenarkan memakai pakaian yang menutup kepala hingga ke kaki demi kehendak agamanya,
tetapi,
apabila seorang muslimah berbuat demikian atas tujuan yang sama, dia dilabel sebagai manusia yang ditindas!

Kenapa,
apabila seorang wanita barat menghabiskan masa hariannya untuk menguruskan hal rumahtangga dan anak-anak, dia dihormati kerana rela berkorban untuk kesejahteraan keluarga,
tetapi,
apabila seorang wanita Islam berbuat demikian atas tujuan yang sama dan atas kehendak sendiri, mereka berkata,”dia perlu dibebaskan daripada kongkongan tindasan tradisi!”.

Kenapa,
mana-mana perempuan dibenarkan menyambung pelajaran hingga ke universiti dan dibenarkan memakai apa sahaja jenis pakaian serta mempunyai hak dan kebebasan,
tetapi,
apabila seorang muslimah memakai hijab, mereka menahannya daripada memasuki universiti.

Kenapa,
apabila seorang kanak-kanak memberi tumpuan terhadap sesuatu perkara, dia dikelaskan sebagai pelajar yang mempunyai potensi,
tetapi,
sebaliknya apabila dia memberi tumpuan terhadap agama Islam, dia dianggap tidak berguna.

Kenapa, 
apabila seorang Kristian atau Yahudi melakukan pembunuhan, agama mereka tidak dikaitkan,
tetapi,
apabila seorang Muslim didakwa atas suatu jenayah, Islamlah yang akan dibicarakan dimahkamah atau dimulut-mulut orang!

Kenapa,
apabila seseorang mengorbankan nyawanya untuk menyelamatkan orang lain, dia dipuja sebagai seorang yang mulia dan dihormati,
tetapi,
apabila seorang Palestin mengorbankan diriya untuk menyelamatkan anaknya daripada dibunuh, tangan adiknya daripada dipatah-patahkan, ibunya daripada diperkosa, rumahnya daripada dimusnahkan dan masjidnya dicerobohi,- dia dilabel sebagai pengganas!

Kenapa,
apabila ada masalah, kita terima apa-apa jalan penyelesaian,
tetapi,
jika jalan penyelesaian itu sudah termaktub dalam Islam, ditolak mentah-mentah, tanpa ada keinginan untuk melihatnya.

Kenapa,
apabila seseorang memandu kereta yang hebat secara ganas, tiada siapa yang meyalahkan kereta itu,
tetapi,
apabila seorang Muslim membuat silap atau memperlakukan orang dengan tidak baik, orang berkata,”Islam itu agama keganasan!”.

Kenapa,
tanpa melihat kepada tradisi Islam, orang percaya apa yang akhbar katakan,
tetapi,
tidak sudah-sudah mempersoalkan apa saja kata al-Quran!

Kenapa?
Kenapa mesti diskriminasi?
Alasannya mudah.
Kerana kau seorang MUSLIM!

Selamat membaca dan selamat beramal..
^^




Credit to novel writer Noor Suraya in Kebun Mimpi (Jemari Seni publication) 






p/s: maaf, entri sekadar kopi-dan-pasta, dah seminggu tak menulis (menaip actually); kekok. =.=

25 thoughts on “Kenapa?! Kerana Kau Seorang MUSLIM!

  1. ye prince sgt2 setuju dgn pendapat ni..mmg betul kerana Muslim kite dilabel sebegini..namun sbg seorg muslim kite mesti tunjkkan yg kite kuat dan pecaya hanya Allah yg lebih Berkuasa dari segala2nya…

  2. cuma tak berapa nak faham satu je..

    ape kena mengena dengan memandu kereta yang hebat secara ganas dengan "Islam tu agama keganasan" ?

  3. dunia ini sungguh tidak adil kadang kala… nice entry… thanks juga selalu menjenguk jiran shah alam ni… sbg menghargai sokongan.. blog ni dah di listkan as sekutu-sekutu rapat di thetimelines… tq ye..

  4. Salam, entry ni membuka minda.rasanya seperti nakkk je sambung lagi selepas ayat "kerana kau seorang muslim".

    Kita ISLAM kena bangun!Tak sanggup lagi keadaan mcm ni berterusan T.T

  5. pipoq,

    'Kenapa,
    apabila seseorang memandu kereta yang hebat secara ganas, tiada siapa yang meyalahkan kereta itu,
    tetapi,
    apabila seorang Muslim membuat silap atau memperlakukan orang dengan tidak baik, orang berkata,"Islam itu agama keganasan!".

    tang kereta: driver pandu keta yg hebat scara ganas, tp org tak salahkan keta tu, org salahkan driver nya kan?
    same goes to muslim tu lah, kalau dia yg buat silap, org tak pandang dia sebagai pesalah, tp org lebih pandang agamanya sbagai pesalah..

    itu menurut apa yg aku paham lah..tp ang paham ke apa yg aku trangkan..?
    hehe..

  6. ntah lah kan,tak tau nk komen apa.Islam dinampakkan ganas dimata mereka,tapi bukan nita yg already Islam.Islam menjamin kita disana nt =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Favourite Video-1

Thu Oct 27 , 2011
::salam readers:: Nothing much to say, just nak upload video favourite ni.. Nak tengok, tengok. Taknak tengok, tak payahlah click ‘play’. Senangkan? ;p Abaikan suara […]