::salam::

Mereka bertepuk tampar.
Mereka menumbuk-numbuk.
Mereka bergelak ketawa.

Aku pandang,
aku pandang gayanya,
aku pandang penampilannya,

hanya mampu menggeleng.
=)

“Naluri kelakian aku dah lama ada dalam diri ni”
“Aku tak boleh berubah,susah, naluri perempuan aku dah sebati dalam diri”

(gambar pinjam google)

Watak pengkid dalam movie ‘Aku Bukan Tomboy’
(gambar pinjam google)

Awak,
walau apa alasan sekalipun, kita letak agama dihadapan.
Agama melarang, maka ianya dilarang,
dilarang bersebab, bukan hanya larangan kosong.

Baiklah, kalaupun awak mengelak bila dikaitkan dengan ‘agama’,
Mari kita fikir tentang awak,
tentang masa depan awak,
tidakkah awak mahu punya sebuah keluarga yang sempurna?
Punya suami atau isteri,
Punya anak dari darah daging sendiri?
Anak yang bakal mendoakan awak bila jasad terkubur ke tanah kelak?

Awak,
lawanlah naluri yang bertentangan dalam diri awak itu,
paksa ia keluar!
Sesungguhnya untuk keluar dari gelora itu memerlukan paksaan,
Jika awak meletakkan agama dihadapan,
awak tetap juga akan paksa ia keluar.
Bukan hanya menunggu “biarlah pintu hati ni ikhlas untuk berubah”
Jika itu pilihan awak; “biarlah”, sampai bila?
Sampai akhirnya nyawa dipisahkan dari jasad?

Awak,
Matlamat tidak menghalalkan cara.

*No offense please~ šŸ˜‰



p/s: Isu ni dah pernah aku luahkan kat sini.Tapi entri tu dah buang atas sebab2 tak tentu =p

Tentunya Dia Yang Menaip:
^^v



7 thoughts on “Sampai bila? Sampai akhirnya nyawa dipisahkan dari jasad?

  1. hmm.. pesanan serious… teringat entry bapuk kelmarin… diorang ni perlu bimbingan… blame blame jugak… tapi kene slow2 cari jalan tarik mereka ni ke jalan benar…

    orang suke makan tembikai… kite lak suke makan mangga… kalau nak offer die makan mangga kita, jgn kate tembikai die tak sedap…. tapi kate kat die.. "kamu, hari-hari makan tembikai… jom hari ni makan mangga pulak…"

    hmmm mcm tu la lebih kurang…

    p/s: kenape muke bengkak tu? kene geget tembuan ke? hahahha

  2. yup..betul..akak pun ada kawan2 macam ni..ramai sangat..mmg tu la alasan yang diorang bagi…btw, salam singgah..thanks 4 visiting my blog ya…

  3. betul.. tak leh jadikan alasan naluri sebagai sebab untuk berubah @ menyerupai jantina lain.. hmmm.. doakan mereka berubah ye

  4. salah satu tanda akhir zaman la tu kan.. laki nak jadi pondan, pompuan nak jadi tomboy..mak ayah jangan buat rilek sangat kalau ada anak yang macam ni..haish..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Pantai Remis

Mon Feb 13 , 2012
Born in Selangor, but never been here. =.= It takes ONLY 30 mins (approximate); Shah Alam-Pantai Remis. =.=’ Published with Blogger-droid v2.0.4

You May Like