Ambil Personal Loan Untuk Majlis Kahwin

Salam, Hai!
Macam biasa, early of the day, I mesti on Twitter, baca isu-isu semasa & lain-lain, which usually lebih cepat ‘merebak’ di Twitter dari laman web berita, contohnya Berita Harian, Mstar & lain-lain. Dari Twitter nampak keratan akhbar seperti dibawah:
Gambar dari Twitter


Plan Your Dream Wedding, Borrow up to RM100,000 with AEON i-Cash Personal Financing

Rancang Perkahwinan Idaman Anda, Pinjam sehingga RM100,000 dengan AEON i-Cash Kewangan Peribadi 

You sanggup berhutang dengan bank bayar bulanan selama beberapa tahun? Ditambah you tak tahu masa depan you dengan suami/ isteri macam mana: masih bersama/ sudah bercerai, kalau bercerai mungkin boleh bayar bersama, tapi kalau bercerai mati (salah seorang meninggal), you kena tanggung bayar seorang! 
Ditambah kalau ada anak, yelah, loan sampai up to 7 years, dalam masa tu, you mungkin ada anak 2-3 orang atau lebih, mana nak bayar pinjaman kereta, mana nak bayar pinjaman/ sewa rumah lagi, duit belanja anak-anak (diapers/ susu/ lain-lain), duit makan minum, dan lain-lain.
You buat pinjaman ni hanya untuk dihabiskan dalam masa beberapa hari tanpa ada pulangan, yet you have to pay the loan for few years! Habis macam tu je duit, at least, you beli rumah dan buat pinjaman rumah, you guna rumah tu sampai bila-bila samada disewakan atau duduk sendiri, you beli kereta dan buat pinjaman kereta, you guna kereta tu few years/ sampai you tua, untuk pergi kerja dan lain-lain. 
Jangan terpengaruh dengan free gift card/ no guarantor/ min income RM800 (seriously?!) tu. Kumpul duit sikit-sikit, buat majlis semampu boleh saja ye? 
Boleh baca post dibawah antara ‘Tips Jimat Untuk Belanja Kahwin‘ 
Bye! Have a nice day!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top