Tahun 2020 agaknya tahun yang menyedihkan bagi kita satu dunia.

COVID19, bermaksud COrona VIrus Disease year 2019,  walau 19 merujuk kepada tahun 2019 yang mana virus ini ditemui, tapi satu dunia terasa kehadiran virus ni pada tahun 2020.

Jumlah angka kematian mencecah ratusan ribu satu dunia!

Menakutkan!

Kesan COVID19 juga sangat-sangat terasa bagi rakyat terutama dari segi ekonomi. Ada yang dibuang kerja kerana syarikat tidak mampu membayar gaji, ada yang terpaksa mengambil unpaid leave, tiada gaji bagi mereka yang bekerja yang mendapat gaji harian, dan sebagainya.

Tapi ada juga yang mengambil kesempatan tempoh PKP ini untuk membuat kerja secara sambilan untuk menambah ekonomi keluarga seperti runner barang dapur, jualan secara online terutamanya makanan, dan lain-lain. Moga masing-masing murah rezeki!

Walaubagaimanapun, alhamdulillah, kita ada beberapa pihak NGO yang banyak membantu rakyat yang dalam kesempitan, begitu juga bantuan dari pihak kerajaan.

Jadi, diharapkan kita warga Malaysia ni tak degil untuk dengar nasihat KKM untuk kita sama-sama membantu untuk flattened the curve (carta kes), iaitu:-

  1. Selalu basuh tangan dengan air sabun, kalau keluar, selalu pakai hand sanitiser. 
  2. Perlu ada jarak sosial (social distancing) paling kurang 1 meter kalau berada di luar (beli barang dapur, etc) 
  3. Dilarang mengadakan perhimpuan yang dihadiri ramai orang, terutama majlis perkahwinan, apatah lagi solat berjemaah di masjid, dan lain-lain.
  4. Hanya salah seorang dalam kalangan keluarga dibenarkan untuk keluar membeli barang dapur.
  5. Dan yang paling penting, duduk di rumah! Duduk di rumah!

Kalau nak periksa bilangan kes/ kematian/ track lokasi kes untuk di Malaysia dan dunia, boleh ke https://www.outbreak.my/

Jaga diri ok!

Dan kita doalah sama-sama agar pandemik ini akan hilang secepat mungkin. Amiinnn!

Anyway, apa aktiviti kaurang dalam tempoh PKP ni?

One thought on “Kesan COVID-19 (Corona Virus)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kenapa bawang pedihkan mata? Petua elak mata pedih semasa potong bawang

Wed Apr 15 , 2020
Setiap kali masak, mesti rasa malas nak potong bawang kan? Sebab apa? Ye, mata akan pedih, mengalir air mata tiap kali nak hiris bawang, terutama bila […]