Recent Posts

Ads

Recent Comments

Categories

Archives

Meta

Setiap kali masak, mesti rasa malas nak potong bawang kan? Sebab apa? Ye, mata akan pedih, mengalir air mata tiap kali nak hiris bawang, terutama bila nak pakai bawang yang banyak. Kenapa potong bawang pedih mata?
 
 
I ada few petua nak elak mata pedih semasa potong bawang. Ini ikut apa yang I buat lah, kalau you ada tips atau petua lain, boleh komen dibawah okeyyy?
 
 
1- Masak pakai bawang holland.
 
 
Tau tak bawang holland tu macam mana? Bawang yang besar warna kuning-oren tu. Gambar seperti dibawah. I dah cuba bawang merah besar dan bawang holland, I dapat bezakan, bila masa I guna bawang holland, mata I tak pedih mahupun keluar air mata sendu! Tapi bila pakai bawang merah besar, baru dibelah 2, dah pedihkan mata, belum dihiris lagi tu. 
 
 
Bawang holland.
Gambar ehsan dari Google
 
 
2- Masuk peti sejuk.
 
 
Petua ni pon menjadi for me. Caranya, bawang dibelah kepada 2, kemudian simpan dalam peti sejuk bukan simpan dalam freezer ok! Tapi jangan lama sampai berminggu sangat, sebab kalau lama sangat nanti bawang tu kering. Tapi kalau you ok takpe lah, buat je apa you suka. 
 
 
3- Kisar.
 
 
Kalau you malas setiap kali memasak nak dikupas dan dipotong bawang, ha tips ni paling senang, kisar saja bawang-bawang yang ada, disimpan dalam bekas, kemudian masuk dalam peti sejuk. Jadi, setiap kali nak memasak, hanya ambil sesudu dua untuk ditumis. Tak perlu nak dicincang bawang/ atau ditumbuk atau dihiris, mudah kan? Ya betul, ini cara malas, but heyyy, kalau cara malas tapi praktikal, why not? 
 
 
4- Rendam bawang dalam air.
 
 
Antara petua lain nak elak mata pedih semasa potong bawang, adalah rendam bawang dalam air dulu dalam 15mins, kemudian baru dikupas, petua ni I dapat dari my mom. Tapi for me kurang berkesan, maybe you guys boleh cuba, maybe berkesan for you?
 
 
Ok, itu sajalah tips/ petua untuk elak mata pedih semasa potong bawang from me. You guys ada tips lain ke? Boleh share, I nak cuba jugak!
 
Till then, jaga diri!
 
Salam
 

11 thoughts on “Kenapa bawang pedihkan mata? Petua elak mata pedih semasa potong bawang

  1. I was wondering if anyone knows what happened to Dimepiece Los Angeles celebrity streetwear brand? I seem to be unable to proceed to the checkout on Dimepiecela site. I’ve read in Harpers Bazaar that they were acquired by a UK-based hedge fund in excess of $50 million. I have just bought the Dimepiece Sport Heavyblend Crewneck Sweatshirt from Ebay and absolutely love it xox

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Cara Berniaga Di Shopee Mudah Tanpa Menyimpan Stok

Thu Oct 22 , 2020
Stress dan pening kepala bila berniaga di Shopee. Duit modal dah banyak dikeluarkan, tapi sales tak memberangsangkan pula. Ditambah lagi dengan stok yang tak terjual […]