Sejak pandemik Covid19 berlaku di Malaysia ni dan PKP dilaksanakan, banyak syarikat yang kerugian justeru ramai rakyat Malaysia yang dibuang kerja. Maka, ramai yang mula berniaga sendiri. Nak berniaga perlu ada SSM, lebih mudah didaftarkan secara online memandangkan waktu covid19 ni perlu elakkan ke tempat yang ramai orang. Jadi cara-cara nak daftar SSM mudah secara online pada tahun 2020 ni seperti dibawah.

Cara Daftar SSM Online 2020

Daftar SSM secara online di laman web EzBiz iaitu di http://ezbiz.ssm.com.my/. Klik NRIC di ruangan (1) dan taip nombor kad pengenalan anda di ruangan (2), kemudian isikan nama penuh seperti yang tertera di kad pengenalan anda di ruangan (3), dan klik ‘Register‘.

Kemudian anda perlu ke pejabat SSM untuk mengaktifkan akaun EzBiz di mana-mana kaunter SSM yang terdekat. Anda perlu mengaktifkan akaun di kaunter SSM kerana kad pengenalan dan cap ibu jari anda diperlukan untuk pengesahan.

Hani buat pengesahan di kaunter SSM di Shah Alam, jadi semasa musim PKPB ni, urusan adalah dari pukul 8.15 pagi sehingga 3 petang sahaja. Oleh itu, anda digalakkan untuk membuat temujanji terlebih dahulu untuk mengelakkan kesesakan di pejabat SSM, di https://www.ssm.com.my/Pages/Borang-Temujanji.aspx.

Tetapi jika tidak membuat temujanji, anda digalakkan untuk datang awal ke pejabat SSM kerana urusan hanya sehingga pukul 11 pagi sahaja untuk yang tidak membuat temujanji.

Sesudah membuat pengesahan untuk pengaktifan akaun di kaunter SSM, maka akaun EzBiz anda sudah diaktifkan seperti emel dibawah.

Cara Daftar SSM Online 2020

Selepas akaun EzBiz anda aktif, anda sudah boleh membuat urusan-urusan berkaitan SSM dari laptop anda sahaja! Tidak perlu beratur panjang membuang masa untuk ke pejabat SSM. Dari laman web EzBiz ini, anda boleh memperbaharui SSM, mendaftar SSM bagi perniagaan baru, membuat perubahan pada SSM, atau menamatkan SSM perniagaan anda.

Semuanya dihujung jari!

Nantikan Cara Daftar SSM Online 2020 bahagian 2 di post yang seterusnya untuk cara daftarkan SSM bagi perniagaan baru anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *