Prosedur Nikah Menggunakan Wali Hakim, Mudah atau Sukar?

Ok, seperti yang diketahui di post lepas disini: KLIK, my dad passed away around 20++ years ago, adik-beradik lelaki takde, atuk belah abah pon takde, cousin lelaki belah lelaki jugak takde. Jadinya, memang kena guna wali hakim.

Sambungan dari post lepas iaitu proses mengisi borang nikah Selangor, boleh klik disini: KLIK

Kalau anda nak jimat belanja kahwin, boleh dapatkan antara 3 tips jimat belanja kahwin disini: KLIK

[AD: BINA BLOG/ LANDING PAGE/ WEBSITE ANDA SENDIRI DENGAN HARGA PROMOSI 66.7% OFF! SLOT TERHAD!]

Sebelum terus ke proses untuk dapatkan wali hakim ni, proses untuk borang nikah perlu dibuat dulu, boleh rujuk post

sebelum ini, klik SINI

Untuk proses wali hakim ini, anda perlu ke mahkamah syariah, perlu mengisi borang, perlu sertakan tandatangan saksi

dan beberapa maklumat saksi, so pada hari yang sama tak dapatlah book tarikh bicara pada hari tu juga.

Setelah selesai isi borang tadi dengan maklumat saksi dan beberapa dokumen yang diperlukan, pergi ke mahkamah

semula buka file untuk kes wali ni, periksa tarikh yang kosong untuk dibicara. Kalau check kadang-kadang tarikh dah

penuh sebab ramai sangat ada kes untuk dibicarakan atau jadual hakim penuh.

[Kalau nak dapatkan tips untuk jimat belanja kahwin, klik SINI ye]

Alhamdulillah hari tu I dapat dalam 5-6 hari selepas, tu kira cepat jugaklah tau. Cuak sebab takut tak sempat, haha. 

Pada hari bicara I cuak sebab takut hakim tanya macam-macam, padahal bukan buat salah pon, lol!

Pada hari bicara, I was late, so I jadi orang terakhir dibicarakan, sebelum I, turn pasangan-pasangan yang nak cerai

punya kes, seriau dengar kes diorang. Yup, semua kes pada hari tu diperdengarkan dalam 1 bilik depan orang-orang

lain yang nak dibicarakan juga.

Lepas siap bicara, I ingat dah boleh lah ambil dokumen surat wali hari tu juga, sekali kena tunggu dalam 2 minggu!

See, nak dapatkan pengesahan untuk wali hakim ni ambil masa tau, so kaurang yang nak guna wali hakim ni jangan

tangguh-tangguh ye.

Lepas dah dapat surat pengesahan wali hakim, bawak semua borang dan dokumen ke pejabat agama daerah semula,

dan hantar borang-borang nikah dan borang wali hakim tersebut.

[Klik gambar untuk lebih jelas] By the way, sebelum hantar borang, semak dulu betul-betul cukup tak dokumen-dokumen, sijil, etc, yang kena provide. Good Luck!

Settle! Yay! Dah boleh kahwin!

So, good luck pada bakal-bakal pengantin sekalian alam. Harap bersabarlah dengan segala kerenah nak isi borang ni, haha.

Sebelum tu, dapatkan tips untuk jimat belanja kahwin, klik SINI ye

   

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *