Resepi harini ialah resepi laksa Penang yang pekat, confirm sedap dan sangat senang nak masak. Setiap kali terasa nak makan laksa penang, terasa malas betul nak memasak. Akhirnya ke kedailah juga untuk beli laksa.

Tanya mak macam mana cara nak masak kuah laksa penang yang pekat dan sedap tapi sangat mudah? Because time is money yuno, haha!

Katanya campak itu, campak ini ke dalam periuk, masak, & siap!

Amboi, mudah sangat cara-caranya?!

Kemudian jalan-jalan pula ke blog kak Azie Kitchen dan kak Che Nom intai resepi.

Dengan combination dari resepi mak, kak Azie Kitchen dan kak Che Nom, jadi aku boleh rumuskan masak kuah laksa yang pekat, confirm sedap, dan sangat senang adalah seperti resepi dibawah:

Bahan-bahan:

Bahan A (Kisar bersama/ blend):

  1. Ikan sardin/ ikan kembung (mackerel) dalam tin (2 tin Ayam Brand, saya guna mackerel– kembung)
  2. Belacan bakar (sebesar syiling 50sen lama)
  3. Cili kering (segenggam/ ikut rasa pedas masing-masing)
  4. Bawang besar/ bawang merah (2 biji besar)

Bahan B:

  1. Asam keping (2 keping)
  2. Daun kesum (2 genggam/ lebih , ikut suka)
  3. Bunga kantan dihiris (2 batang/ ikut suka)
  4. Air
  5. Garam (secukup rasa)

Bahan hiasan (boleh digunakan semua atau mana-mana anda suka):

  1. Limau kasturi (belah 2)
  2. Salad (dihiris)
  3. Telur direbus (rebus dalam 7min saja)
  4. Cili api (dihiris)
  5. Timun (dihiris)
  6. Bawang besar (dihiris)
  7. Nenas (dihiris)
  8. Petis

Cara-cara:

1- Kisar bahan-bahan A, kemudian masukkan ke dalam periuk.

2- Campak bahan-bahan B bersama ke dalam periuk.

3- Buka api & masak.

** Jika tawar, tambah garam secukupnya

** Jika kuah kurang pekat, tambah lagi ikan dalam tin bersama dengan sosnya (dikisar terlebih dahulu)

** Jika kuah tidak masam, tambah asam keping hingga cukup rasa masamnya, atau boleh diletakkan perahan limau kasturi ketika hendak makan

** Jika tidak pedas, tambah cili kering yang dikisar lagi, atau boleh ditambah cili api potong ketika hendak makan

Akhirnya, HEI! Senang ya ampun sebenarnya ye nak masak kuah laksa penang yang pekat ni! Menyesal betul tak masak sendiri dari dulu.

Boleh tengok video kat bawah ni betapa pekat kuah laksa penang aku masak dan sedap bahkan sangat mudah pulak tu, tak perlu pakai ikan kembung fresh yang perlu disiang, dibasuh segala, hanya pakai ikan kembung dalam tin dari Ayam Brand saja.

Anyway sebelum tu, kalau nak try resepi lain, boleh klik je link ni: Resepi ikan masak lemak cili api, resepi Creamy Spaghetti Carbonara atau Resepi Butter Chicken Yang Sangat Mudah dan Sedap.

Kuah laksa Penang yang pekat, sangat mudah dan sedap! Selamat Mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *