haji dan umrah 2023

Hendak Pergi Haji Cepat? 4 Cara Anda Boleh Tunaikan Haji Cepat Dengan Pakej Swasta.

Kita sedia maklum jika mendaftar haji bersama Tabung Haji peluang kita untuk menunaikan haji dalam masa terdekat adalah sangat tipis, lebih-lebih lagi jika umur pon sudah meningkat, untuk menunggu giliran dari Tabung Haji ada yang mengambil masa bertahun-tahun lamanya.

Jadi, selain menggunakan Tabung Haji untuk menunaikan haji, kita sebenarnya boleh menggunakan pakej swasta untuk menunaikan haji. Sebenarnya Hani juga baru tahu boleh menunaikan haji selain menggunakan pakej Tabung Haji. Disini Hani ingin kongsikan cara pergi haji menggunakan pakej swasta seperti yang dikongsi oleh saudara Faisal Rahim di bebenang di Twitter beliau (@ acaiijawe).

Antara sebab utama pergi haji pakej swasta adalah:

1- Peluang untuk menunaikan ibadah haji pada tahun yang kita hendaki adalah tinggi. Jadi tak perlu tunggu giliran haji 10-30 tahun lagi yang mungkin kita dah sakit atau sudahpon meninggal dunia, terutama kepada mereka yang umur sudah berusia.

2- Jarak ke Hotel Muassasah Mekah antara 900m – 1.2km dari Masjidil Haram. Anggaran jarak 2km untuk pergi dan balik mudah bagi yang muda dan kuat. Tetapi agak sukar bagi yang sudah berusia. Lebih-lebih lagi hendak berulang alik ke masjid 4 kali sehari selama 35+ hari. Jarak hotel pakej, 50-200 meter, lebih dekat.

3- Bilik yang lebih selesa. Tidak dinafikan hotel Tabung Haji memang selesa, namun kebiasaannya dihuni 4-6 orang untuk sebuah bilik, jika musim sesak ada 8 orang sebilik. Keselesaan setiap orang berbeza. Jika guna pakej swasta, kita boleh pilih bilik 2/ 3/ 4 orang mengikut kemampuan. 3 faktor inilah SEBAB UTAMA orang memilih pakej haji swasta.

Siapa pula yang boleh pergi haji menggunakan pakej swasta ni?

1- Orang yang sudah mendapat tawaran haji. Tetapi mereka nak yang lebih selesa, jadi mereka akan mendapat prioriti.

2- Mereka yang sudah mendaftar haji (melebihi 5 tahun) dan hendak membuat rayuan untuk menunaikan haji awal. Mereka skip que biasa dan menggunakan kuota haji milik syarikat PJH yang dilantik oleh Tabung Haji.

Cara pergi haji cepat menggunakan pakej swasta:

1- Survey. Ini adalah proses yang paling penting. Dapatkan maklumat tentang syarikat dan pengalaman jemaah haji yang lepas, antaranya jarak hotel, nama hotel, bilik, makan, harga pakej dan lain-lain. First hand experience lagi bagus. Syarikat terkenal tidak semestinya lebih bagus.

2- Pendaftaran. Ini penting. Kita tidak boleh mendaftar pakej haji di banyak syarikat secara serentak. Contoh pada tahun 2023, terdapat 23 syarikat yang diberi lesen buat haji pakej. Jika kita sudah mendaftar di syarikat A, mereka akan key-in dan lock nama kita dalam sistem milik Tabung Haji.

Jadi, syarikat PJH lain tidak boleh masukkan nombor kad pengenalan kita dalam sistem tersebut. Perlu dibatalkan nama kita di syarikat A dan dibuat pendaftaran baru di syarikat B. Sebab itulah perlu pilih dan fikir semasak-masaknya sebelum mendaftar. Tersilap atau terlambat mendaftar, mungkin kena tunggu setahun akan datang baru boleh pergi.

Tetapi ada kemungkinan juga jika mendaftar di A tak dapat pergi, tetapi di C kita berjaya. Kenapa? Ini menarik, ini kerana Tabung Haji memberikan kuota terhad kepada syarikat PJH. Contoh kuota adalah 150 orang. Sesiapa 150 mendaftar awal akan dapat pergi. Melebihi 150 tak dapat. Pada syarikat yang popular, kuota akan cepat penuh.

3- Menunggu Rayuan. Selepas membuat pendaftaran dengan syarikat PJH, mereka akan menghantar nama kita ke Tabung Haji dan akan membuat rayuan bagi pihak kita menggunakan ‘kuota’ mereka. Jadi tawaran haji secara rasminya datang daripada Tabung Haji. Jika diterima, tahniah! Anda bakal menunaikan haji pada tahun tersebut.

4- Lain-lain. Apabila sudah mendapat tawaran melalui syarikat pakej, kita dah tak boleh tukar ke syarikat lain. Kuota mereka juga dah penuh. Bila setuju terima, kita masih perlu urus dengan Tabung Haji (jawab tawaran, kesihatan dan lain-lain). Biasanya pakej menggunakan Penerbangan Akhir (dekat Wukuf).

Bila boleh mendaftar pergi haji menggunakan Pakej?

Secepat mungkin. Jika sudah merancang hendak menunaikan haji pada tahun tersebut. Ingat! Apabila kita mendaftar di PJH, kita sudah masuk dalam que. Apabila packing order ke belakang, maka peluang tu makin tipis. Buat keputusan segera tetapi dengan teliti.

Bagi yang memang berkemampuan (fizikal & kewangan), digalakkan untuk pergilah haji segera. Bila dah lepas kewajipan Rukun Islam Haji ni akan terasa lega sangat. Takut sangat dengan rezeki banyak Allah bagi ni, kita bertangguh. Tiba-tiba sakit atau mati.

Update: Pakej Haji PJH pada tahun 2022 sebagai panduan. Bagi yang memang mampu, kira berbaloi untuk ibadah sekali je seumur hidup. Untuk selesaikan kewajipan Rukun Islam ke-5. Tabung Haji dah tetapkan, yang dah tunai haji tidak boleh pergi haji lagi. Pertama dan terakhir.

Gambar dikongsi oleh King Johnnys @johnnabes di Twitter “Ni harga pakej tahun 2022. Better study dulu dan sediakan siap2 sekitar RM5k -RM10k disebabkan kenaikan harga yang tidak dapat dielakkan”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top